DOHA, 15 Feb – Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) yang sebelum ini mengkritik hebat keputusan membenarkan Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, semalam menandatangani perjanjian kerjasama dengan penganjur kejohanan di Doha.
Pengerusinya, Greg Clarke berada di Teluk itu bagi menandatangani memorandum persefahaman dengan Jawatankuasa Agung Penyerahan dan Legasi, badan yang bertanggungjawab untuk kejohanan pada tahun 2022 itu dan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA).
Perjanjian itu akan membantu ‘mempromosi dan meningkatkan bola sepak, berkongsi sumber dan kepakaran’ serta sekali gus meluaskan projek pembangunan akar umbi, menurut kenyataan bersama dari organisasi di Qatar.
Kenyataan itu turut berkata FA dan QFA akan meneroka kemungkinan menganjurkan perlawanan persahabatan antara pasukan-pasukan kebangsaan meliputi peringkat usia berbeza. – AFP