FA Sepanyol buat keputusan jika musim dibatalkan

MADRID, 17 APRIL – Persatuan Bola sepak Sepanyol (RFEF) membuat cadangan kelmarin bahawa kedudukan terkini La Liga akan menentukan pasukan mana yang layak untuk bertanding dalam kejohanan Eropah jika musim ini dibatalkan disebabkan oleh pandemik koronavirus.

La Liga dan UEFA belum lagi memberikan apa-apa mengenai kebenaran untuk rancangan itu, dengan kedua-dua badan pengurusan menegaskan mereka masih fokus untuk mencari jalan untuk memastikan musim domestik untuk dihabiskan.

Javier Tebas, presiden La Liga berkata awal bulan ini bahawa liga telah mengenal pasti penghujung bulan Mei, awal bulan Jun dan hujung bulan Jun sebagai masa kemungkinan untuk perlawanan disambung semula.

Tetapi RFEF, yang selalu bertelagah dengan La Liga mengenai isu politik di bola sepak Sepanyol, telah mengemukakan cadangan tambahan bahawa melihat kedudukan empat pasukan terkini – Barcelona, Real Madrid, Sevilla dan Real Sociedad – layak untuk kejohanan Liga Juara-Juara.

Getafe dan Atletico Madrid, yang menduduki tempat ke-5 dan ke-6 akan layak ke Liga Europa, bersama-sama dengan pasukan Atletico Bilbao, sebagai finalis tertinggi Copa del Rey di kedudukan enam teratas.

“Keputusan akan dibuat, apabila diminta oleh UEFA, menurut posisi pada hari terakhir divisyen pertama apabila jumlah perlawanan adalah sama rata oleh 20 buah pasukan,” kenyataan dari RFEF.

“Pasukan empat teratas pada masa ini akan layak ke Kejohanan Liga Juara-Juara dan tempat ke-5 dan ke-6, termasuk salah satu finalis Copa del Rey, layak ke Liga Europa UEFA, menurut situasi yang berbeza jika berlaku.”

Jika final Copa del Rey dilangsungkan dan RealSociedad menewaskan Bilbao, Valencia akan mengambil kedudukan tambahan Liga Europa sebagai pasukan di kedudukan ke-7 dalam La Liga, kata RFEF.

Tebas menjangkakan bahawa pembatalan musim ini akan merugikan kelab-kelab La Liga sekitar satu bilion euro.

La Liga telah dihentikan pada pertengahan bulan Mac untuk menyekat penularan koronavirus, yang telah menyebabkan lebih dari 19,000 kematian di Sepanyol, menurut angka rasmi kelmarin. – AFP