FA siasat dakwaan ‘rasuah’ penjualan Wembley

LONDON, 10 Okt – Persekutuan Bola Sepak Inggeris (FA) mengesahkan mereka sedang menyiasat dakwaan ‘rasuah bersistematik’ yang menyelubungi cadangan jualan Wembley yang kontroversi kepada pemilik Fulham, Shahid Khan.

Craig Kline, bekas pembantu pengarah operasi bola sepak Fulham, menggunakan beberapa ciapan Twitter untuk meminta FA menghentikan jualan tersebut.

Kline, seorang sahabat kepada anak lelaki Khan, Tony, dipecat oleh Fulham pada tahun lepas apabila hubungannya bersama pegawai kanan lain terjejas.

Tetapi Kline sekarang tiga kali menciap di Twitter menyatakan bahawa dia dan Tony Khan mempunyai ‘kertas’ bukti mengenai ‘penipuan, ancaman dan eksploitasi’ dalam perlawanan. – AFP