Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    FABD adakan Kongres ke-8

    Oleh Adib Noor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Persatuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam (FABD) kelmarin telah mengadakan Kongres ke-8 di Hotel Centrepoint, Gadong.

    Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD, ahli Jawatankuasa Tetap FABD dan ahli Sekretariat FABD serta wakil daripada Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

    Semasa kongres berkenaan, Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan berkongsi bahawa Program Pembangunan FIFA Forward 1.0 dan 2.0 untuk Pembinaan Pusat Teknikal dan Mini Grandstand telah siap dan beroperasi.

    Presiden FABD turut berkongsi bahawa kerja-kerja membaik pulih Rumah FABD juga telah diselesaikan.

    “Bagi projek masa depan, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa FIFA telah mengumumkan The FIFA Forward 3.0 dengan jumlah pembiayaan sebanyak AS$3 juta untuk kitaran 2023-2026,” katanya.

    Pengiran Haji Matusin menyampaikan perkongsian semasa mesyuarat berkenaan.

    Turut dikongsikan bahawa FABD telah mengenal pasti dan memaklumkan FIFA mengenai tiga projek utama iaitu,

    Pusat Futsal, Akademi Belia Kebangsaan dan pusat kecemerlangan di setiap daerah.

    Dari segi program AFC Enhance, Presiden FABD menyatakan bahawa Jawatankuasa Eksekutif AFC telah meluluskan program AFC Enhance dengan memasukkan program Kelebihan Persatuan Ahli AFC Enhance dan program Masa Tambahan Persatuan Ahli AFC.

    “Ini bermakna, kedua-dua program itu akan memberi manfaat kepada FABD dengan potensi penerimaan peruntu-kan sebanyak AS$200,000 setiap tahun untuk pembangunan bola sepak di Brunei Darussalam.

    “Pada masa ini FABD sedang dalam proses menaik taraf lampu di stadium dan juga menyediakan lampu di padang kami,” kata presiden.

    Juga dikongsikan bahawa pasukan kebangsaan akan mengambil bahagian dalam pra kelayakan Piala Dunia FIFA, serta Kejohanan AFC dan AFF.

    Kongres seterusnya akan diadakan pada 18 November depan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...