Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    FABD harap tambah pengadil berbakat

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Persatuan Bola sepak Brunei Darussalam (FABD) meluahkan harapan untuk menambah jumlah pengadil berbakat untuk menyokong kumpulan pengadil yang berusia di negara ini.

    Timbalan Presiden FABD, Haji Salleh Bostaman bin Haji Salleh Abidin menegaskan perkara tersebut semasa majlis penutup Kursus Asas Pengadil 2021/2022 bertempat di Dewan Serba Guna rumah FABD di Jalan Pusat Persidangan, hari ini.

    Beliau berkata, “Kursus asas adalah pra syarat yang diperlukan untuk setiap individu yang ingin mengadili permainan bola sepak.

    “Untuk menjadi seorang pengadil, awda mesti kompeten, berintegriti dan mempunyai ketahanan stamina. Dari sudut kompetensi, awda perlu mengetahui peraturan-peraturan permainan.”

    Selain itu, Haji Salleh Bostaman turut menekankan bahawa peraturan perlawanan bola sepak moden mempunyai perubahan dan tidak sama dari setahun ke setahun. Oleh itu, pengadil perlawanan perlu mengetahui peraturan perlawanan dengan baik.

    Haji Salleh Bostaman menyampaikan sijil kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus asas pengadil bola sepak, kelmarin.

    Walaupun mempunyai integriti dan stamina, seorang pengadil yang tidak mengetahui pengetahuan mengenai peraturan permainan akan menyebabkan kekacauan semasa perlawanan.

    Beliau turut mengongsikan bahawa menjadi seorang pengadil boleh dilakukan secara profesional dan boleh dijadikan sebagai kerjaya.

    Timbalan presiden FABD itu juga menyeru para peserta untuk membina perkembangan dan mengejar kelayakan yang lebih tinggi serta meluahkan harapan bahawa mereka boleh memimpin dan mewakili negara sebagai pengadil perlawanan di kejohanan utama antarabangsa terutama yang dianjurkan oleh FIFA atau AFC.

    Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Pengadil FABD, Sujairi Abdullah berkata, “Kursus pengadil itu diadakan adalah untuk menambah jumlah pengadil bola sepak sejajar dengan perkembangan sukan tersebut di negara ini.

    “Ia juga bertujuan untuk mencari pengadil muda dengan potensi untuk menyokong kumpulan pengadil yang ada ketika ini di mana majoriti mereka sudah berusia.”

    Kursus tersebut dikendalikan oleh dua orang pelatih tempatan iaitu Degat Anak Chandau dan Mohd Dzulkifli bin Haji Mohd Taib dan telah disertai oleh 21 orang peserta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...