FABD ringankan beban masyarakat terjejas

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Persatuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam (FABD) hari ini membuat sumbangan derma peralatan-peralatan serta keperluan untuk petugas barisan hadapan dalam membantu Kementerian Kesihatan bagi mengekang penyebaran COVID-19 di negara ini.

Derma tersebut merangkumi pelitup muka, scrub, cecair pembersih, minuman dan botol penyembur untuk memastikan barisan hadapan terlindung dengan baik dan tetap tegar dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Sumbangan adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) FABD dalam membantu meringankan beban masyarakat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Kesemua barangan tersebut telah diserahkan kepada petugas-petugas barisan hadapan di Kompleks Sukan Menglait untuk pembahagian selanjutnya.

Antara anggota FABD menghantar sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Kompleks Sukan Menglait kelmarin. – Gambar serahan FABD