Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    FABD tetapkan syarat pertemuan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Berikutan dengan perkembangan terkini situasi penularan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang diumumkan oleh pihak kerajaan, Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan bahawa kesemua urusan hanya akan dilakukan berdasarkan temu janji.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FABD, di sini, ia bermakna bagi mana-mana pihak yang berkepentingan yang ingin untuk berurusan dengan mana-mana bahagian persatuan itu, mereka adalah dikehendaki untuk membincangkan waktu dan tarikh dengan pihak yang ditujukan sebelum mengadakan sebarang pertemuan secara fizikal.

    FABD dalam kenyataan itu lagi, menyatakan bahawa persatuan menggalakkan pertemuan dan sebarang urusan untuk dikendalikan secara dalam talian atau melalui persidangan maya.

    Namun begitu jika ia tidak dapat dielakkan, FABD memerlukan pihak yang berkepentingan untuk sentiasa mematuhi protokol pandemik yang ketat apabila bertemu dengan mana-mana ahli-ahli sekretariat persatuan.

    Di samping itu mereka juga dikehendaki untuk melalui pemeriksaan suhu badan dan diperlukan untuk mengisytiharkan keberadaan mereka dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini.

    FABD juga berhak untuk membatalkan sebarang pertemuan jika didapati pihak yang berkepentingan gagal untuk memakai pelitup muka pada waktu yang ditetapkan.

    Mereka juga dimestikan untuk mengimbas kod QR BruHealth yang disediakan oleh persatuan di tempat-tempat masuk yang dikhaskan.

    Pihak persatuan juga menyediakan butiran perhubungan bagi setiap bahagian iaitu bagi Bahagian Kewangan, bolehlah menghubungi melalui e-mel diniehab.nfabd@gmail.com, Bahagian Pembangunan Teknikal melalui e-mel sivaji.nfabd@gmail.com, Bahagian Pengadil melalui e-mel razakanuar.nfabd@gmail.com, Bahagian Pertandingan, melalui e-mel nasruddin.nbabd@gmail.com, Bahagian Pelesenan Kelab, e-mel ke Hamiz.nfabd@gmail.com dan Bahagian Media dan Komunikasi, e-mel ke waqi.nfabd@gmail.com. Kesemua e-mel juga harus ditujukan kepada secretariat@nfabd.org.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...