PARIS, 29 Mei – Pemain midfield Monaco Fabinho akan menyertai Liverpool berikutan final Piala Dunia di Rusia, menurut kelab Ligue 1 Perancis dan gergasi Liga Perdana itu, semalam.
Pemain antarabangsa Brazil Fabinho, 24, telah bersetuju untuk kekal bagi satu musim di Monaco pada akhir kempen kelab Perancis itu memenangi gelaran tahun lalu.
Namun perjanjian telah diikat bersama Reds, yang akan menyaksikan perpindahan Fabinho ke Liverpool selepas final di Rusia.
Tiada maklumat mengenai kewangan dikeluarkan,namun terdapat laporan yang mendakwa perjanjian itu bernilai AS$58 juta.
Menurut kenyataan yang dibuat menerusi laman sesawang AS Monaco, kelab itu telah mencapai persetujuan bersama Liverpool bagi perpindahan Fabinho ke kelab Inggeris itu pada 1 Julai.
Fabinho telah menjaringkan 31 gol dalam 233 kemunculan bagi Monaco sejak menyertai kelab itu pada 2013 dari Real Madrid dan memenangi gelaran liga Perancis pada 2017. – AFP