LONDON, 3 Okt – Cesc Fabregas mendakwa kekalahan Chelsea ketika menentang Man City berpunca daripada keletihan berlebihan juara Liga Perdana itu berbanding pesaing mereka.
Rembatan kencang Kevin De Bruyne memastikan City mencatatkan kemenangan 1-0 di Stamford Bridge Sabtu lalu dan pasukan pendahulu kendalian Pep Guardiola sekarang melebarkan jurang enam mata dengan Chelsea menjelang rehat antarabangsa.
Midfield Chelsea itu tidak bimbang bagaimana City mengatasi pasukan Antonio Conte kerana dia percaya kesukaran jadual perlawanan pada pertengahan minggu Liga Juara-Juara adalah punca di sebalik permainan hambar pasukan Blues.
Dengan City menewaskan Shakhtar Donetsk di gelanggang sendiri Selasa lalu, sementara Chelsea pula terpaksa membuat perjalanan ke Sepanyol bagi mencatatkan kemenangan mereka ke atas Atletico Madrid pada Rabu, bermakna pasukan Manchester mempunyai masa tambahan 24 jam untuk berehat dan menyusun permainan sebelum kunjungan ke Bridge.
“Ini tanpa diragui Chelsea musim lalu tetapi apa yang berlaku adalah kami berdepan pasukan City yang berada dalam perlawanan tersebut dengan rehat lebih baik berbanding kami,” Fabregas memberitahu laman sesawang Chelsea.
“Masa ini tahun lepas kami ketinggalan lapan mata tetapi tidak bermakna apa-apa. Masih terdapat laluan yang panjang dalam semua persaingan.” – AFP