Facebook pegang saham platform Jio sekitar AS$5.7 bilion

MUMBAI, 22 APRIL – Facebook telah memegang saham perniagaan platform digital Jio bernilai AS$5.7 bilion milik lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani dalam salah satu pelaburan asing terbesar di negara itu,  menurut syarikat-syarikat itu hari ini.

Perjanjian itu akan memberi syarikat gergasi media sosial AS itu 10 peratus saham dalam Platform Jio, sebahagian daripada empayar minyak hingga telekom Reliance Industries Ambani.

Mengumumkan perjanjian itu, Facebook berkata ia ingin menghubungkan ‘kuasa WhatsApp’, subsidiari mesejnya, dengan platform India, yang berhasrat untuk meningkatkan perniagaan digitalnya di sebalik kejayaan besar usaha sama telekomnya.

India merupakan pasaran terbesar Facebook dengan kira-kira 400 juta pengguna.

Platform Jio menyediakan perkhidmatan internet dan e-dagang yang menarik pangkalan pelanggan terbesar.

Reliance berkata ia berhasrat untuk merangsang pendapatan bagi para petani, peniaga mikro dan perniagaan kecil-kecilan yang menjadi asas ekonomi di negara yang mempunyai penduduk sekitar 1.3 bilion itu. – AFP