Facebook sekat akaun cef selebriti Australia

SYDNEY, 24 DIS – Facebook menyekat akaun cef selebriti Australia dan ahli teori konspirasi, Pete Evans kerana berulang kali menyebarkan maklumat salah mengenai COVID-19.

Dengan lebih sejuta pengikut media sosial, Evans menjadi penyokong teori konspirasi yang berpengaruh berkaitan pandemik dan vaksin.

Facebook menjelaskan hari ini bahawa mereka tidak akan membenarkan sesiapa saja untuk menyampaikan maklumat salah mengenai COVID-19 yang boleh menyebabkan gangguan fizikal atau kepalsuan mengenai vaksin COVID-19.

“Kami memiliki peraturan jelas terhadap jenis kandungan ini dan kami sudah menghapus halaman Facebook Cef Pete Evans kerana berulang kali melanggar peraturan ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.  – AFP