Facebook sekat akaun junta Myanmar

BANGKOK, 25 FEB – Facebook hari ini menyekat semua akaun dikaitkan dengan tentera Myanmar, atas mereka menggunakan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan antirampasan kuasa.

Sekatan itu yang berkuat kuasa serta-merta, dikenakan terhadap tentera Myanmar serta semua entiti yang dikawal mereka di Facebook dan Instagram.

Selain itu, sekatan berkenaan turut dikenakan terhadap semua entiti komersial berkait dengan tentera Myanmar daripada mengiklankan produk masing-masing di platform media sosial itu.

“Sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu, termasuk menggunakan kekerasan yang membawa maut, membawa kepada sekatan ini.

“Kami percaya risiko membenarkan Tatmadaw (nama rasmi tentera Myanmar) menggunakan Facebook dan Instagramadalah terlalu besar,” kata Facebook dalam satu kenyataan.

Tentera Myanmar meningkatkan penggunaan kekerasan terhadap kempen penentangan awam yang rata-ratanya dilakukan secara aman, bagi mendesak junta Myanmar melepaskan kuasa.

Tiga penunjuk perasaan antirampasan kuasa terbunuh setakat ini, manakala seorang lelaki yang berkawal di kejiranannya di Yangon bagi memastikan tiada penahanan pada waktu malam, turut mati ditembak.

Facebook mengatakan pengharamannya bertujuan mencega jeneral Myanmar daripada ‘menyalahgunakan platform’ mereka. – AFP

Penunjuk perasaan memegang pelekat imej pemimpin Myanmar disingkir, Aung San Suu Kyi di Yangon, Myanmar, 25 Februari. Gergasi media sosial Facebook mengumumkan ia mengharamkan semua akaun berkaitan dengan tentera Myanmar dan syarikat dikawal tentera susulan rampasan kuasa 1 Februari lalu. – AP