Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Facebook setuju selesaikan saman privasi berkait Cambridge Analytica

    WASHINGTON, 28 OGOS – Facebook telah mencapai persetujuan awal dalam satu tuntutan mahkamah yang menuntut ganti rugi daripada rangkaian sosial tersebut atas kesalahan membenarkan pihak ketiga, termasuk syarikat Cambridge Analytica, memuat naik data peribadi pengguna. Menurut dokumen yang difailkan pada Jumaat lalu di mahkamah San Francisco, Facebook mengatakan syarikat terbesar media sosial itu sudah menyerahkan draf perjanjian dasar dan meminta penangguhan prosiding 60 hari untuk memuktamadkannya.

    Rangkaian platform sosial itu bagaimana pun tidak menunjukkan sebarang jumlah atau syarat perjanjian yang dibuat. Ketika ditanya oleh AFP, Facebook berkata lewat malam Sabtu mereka belum ada pengulasan untuk dibuat ketika ini. Perjanjian itu dibuat ketika pengasas Meta Mark Zuckerberg dan bekas ketua pegawai operasi Sheryl Sandberg, yang mengumumkan peletakan jawatannya, akan memberi keterangan di mahkamah pada September sebagai sebahagian daripada skandal itu.

    Dalam tuntutan mahkamah yang dimulakan pada tahun 2018, pengguna Facebook menuduh platform sosial itu melanggar peraturan privasi dengan mendedahkan data mereka kepada pihak ketiga termasuk firma Cambridge Analytica, yang dikaitkan dengan kempen bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada tahun 2016.

    Pada 2019, pihak berkuasa persekutuan mendenda Facebook AS$5 bilion kerana mengelirukan penggunanya dan mengenakan pengawasan bebas terhadap pengurusan data peribadinya. Sejak skandal Cambridge Analytica terbongkar, Facebook telah memberhentikan akses data peribadi pengguna daripada aplikasi yang disyaki menyalahgunakan data peribadi mereka. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...