Facebook tidak cabuli data peribadi

SAN FRANCISCO, 13 JUN – CEO Facebook Mark Zuckerberg tidak sengaja mencabul satu perjanjian dengan pengatur selia yang menyelia pengurusan data peribadi pengguna untuk syarikat, kata firma media sosial itu semalam ketika ia mengatasi isu yang telah diletakkan di bawah siasatan persekutuan sejak setahun lalu.

Facebook diwajibkan memberikan e-mel kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC), ada di antaranya dari tahun 2012, mencadangkan Zuckerberg secara peribadi sedar tetapi gagal mengakui bahawa aplikasi luar mempunyai akses kepada sejumlah besar data peribadi tanpa pengetahuan pengguna Facebook, lapor Wall Street Journal.

Akhbar itu menambah ia tidak mempunyai akses kepada dokumen tetapi sumber tanpa nama telah menggambarkan isi kandungan mereka.

“Kami telah bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan FTC setakat ini dan memberikan berpuluh ribu dokumen, e-mel dan fail,” kata jurucakap Facebook.

“Mark atau mana-mana pekerja Facebook lain tidak sengaja mencabul tanggungjawab syarikat di bawah arahan kebenaran FTC mahupun kewujudan mana-mana e-mel yang menandakan mereka melakukannya.”

FTC membuka semula siasatan mengenai sama ada Facebook mencabul penyelesaian 2011 dengan pengatur selia untuk melindungi data pengguna berikutan pendedahan pada tahun lalu bahawa data peribadi berpuluh juta pengguna dirampas oleh firma pakar runding politik Cambridge Analytica ketika ia bekerja untuk kempen presiden Donald Trump. – AFP