Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Fad Bocey jalani rawatan slip disc

    Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey terpaksa menjalani prosedur rawatan laser radio frekuensi akibat penyakit slip disc yang dialaminya secara tiba-tiba kelmarin.

    Berkongsi mengenai perkara itu, isteri kepada Fad iaitu Syaheera Rahman memaklumkan suaminya mula merasai kesakitan selepas bangun daripada tidur.

    Penyampai radio itu kemudiannya dibawa ke unit kecemasan hospital sebelum dimasukkan ke wad dan disarankan menjalani prosedur laser pada hari ini.

    “Selepas bangun pagi semalam, dia mula rasa sakit sehingga susah untuk bangun dan memijak lantai. Saya hubungi pihak hospital dan maklumkan keadaannya dan doktor sudah dapat agak ia akibat slip disc.

    “Apabila tiba di hospital dan melakukan ujian MRI, keadaan dia memang teruk dan sebab itu perlu jalani prosedur segera.

    “Doktor maklumkan proses tersebut mengambil masa dua jam dan Fad sudah dibawa masuk ke bilik pembedahan pukul 10 pagi,” katanya ketika dihubungi wartawan.

    Dalam pada itu, Syaheera berkata, doktor menasihati Fad supaya tidak melakukan sebarang aktiviti lasak dalam tempoh enam bulan ke setahun.

    “Fad bukanlah seorang yang senang jatuh sakit. Jadi apabila berlaku secara tiba-tiba begini memang buat saya rasa gementar.

    “Selepas operasi laser ini, Fad akan teruskan rawatan fisioterapi,” jelasnya.

    Untuk rekod Fad dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adzrain Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel. – Agensi

    Fad Bocey terpaksa menjalani prosedur rawatan laser radio frekuensi akibat penyakit slip disc. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...