Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Fad Bocey kemalangan

    Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey dimasukkan ke High Dependency Unit (HDU) di sebuah pusat perubatan di Shah Alam selepas terlibat dalam kemalangan pada malam Isnin.

    Menurut isteri Fad, Nur Syahirah A. Rahman, kemalangan berlaku kira-kira jam 7.15 malam ketika suaminya itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Setia Alam.

    “Ikut apa yang Fad cerita, jalan itu memang gelap dan waktu itu kira-kira jam 7.15 hingga 7.30 malam macam tu. Lokasi kemalangan itu hanya 1 kilometer ke susur keluar Setia Alam. Ada kereta rosak dan dia letak kon, tetapi kon itu tidak diubah dan hanya tinggal di situ begitu sahaja.

    “Ada satu motor depan Fad sempat mengelak, Fad memang tak sempat nak elak dan terus langgar kon itu. Mungkin Fad fikir kalau dia terlebih elak, risiko untuk tercampak ke tengah jalan sangat tinggi.

    “Kereta memang banyak dan laju. Syukur dia terbabas di lorong kecemasan. Tak boleh bayang macam mana dengan lori banyak di situ,” ujarnya.

    Tambah Syahirah, setakat ini Fad atau nama penuhnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 31, masih di pantau di HDU kerana mengalami hentakan pada bahagian kepala dan muntah sejurus selepas kemalangan itu.

    “Keadaan terkini Fad perlu monitor di HDU sebab ada hentakan dekat kepala untuk pastikan semuanya bagus sebab dekat tempat kejadian dia muntah. Tapi Alhamdulillah dia kuat.

    “Fad dah mengadu sakit-sakit badan. Baru terasa mungkin sebab terhempas,” jelasnya. Syahirah juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu Fad sejak awal kemalangan, termasuk rakan baik mereka, Achey yang membantu menguruskan motosikal.

    “Ada dua lelaki yang teman Fad sehingga kawan-kawan lain pun sampai. Untuk kalian jika terbaca ini, hanya ALLAH yang mampu balas kebaikan korang. Yang tolong angkat dia, yang tunggu tak bagi dia tidur. Ya Allah tak kenal pun tapi sanggup susah sama-sama di tepi jalan gelap macam itu. – Agensi

    Fad dikatakan terlibat kemalangan kerana mengelak kon di tepi lebuh raya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...