Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Fad Bocey undur diri dari Hot FM

    Hampir dua tahun bergelar penyampai radio Hot FM, pelawak Fad Bocey kini mengundurkan diri daripada stesen radio itu pada Jumaat.

    Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 32, yang mengendalikan segmen Hot Squad bersama Fizi Ali, membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Instagramnya.

    “Terima kasih untuk sokongan dua tahun saya di sini. Saya mengundurkan diri dulu dari Hot FM.

    “Kalau ada terkasar bahasa, terkecil hati sesiapa, terlebih atau terkurang di mana-mana sepanjang ke udara, saya minta maaf,” ujarnya.

    Menerusi petikan video yang dikongsi Fizi Ali, Fad turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pendengar yang menyokong kerjayanya sebagai penyampai sepanjang tempoh tersebut.

    “Hari ini adalah Jumaat terakhir untuk saya berada di Hot FM. Terima kasih kepada mereka yang mendengar celoteh saya tidak kira ketika saya bersama Fizi, Haziq dan Deen atau dengan AG dan Fara Fauzana.”

    “Terima kasih banyak untuk dua tahun yang sangat indah…semoga kita berjumpa lagi,” katanya.

    Fad mula menyertai Hot FM pada 1 Mac 2021 dan pernah mengendalikan beberapa segmen seperti Jam Hot, Geng Pagi Hot dan Hot Skuad. – Agensi

    Fad Bocey kini mengundurkan diri daripada stesen radio Hot Fm. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...