Faezah jelas mata bengkak bukan sebab alahan vaksin

Kecoh di media sosial mengenai gambar mata bengkak pelakon Faezah Elai mendapat perhatian orang ramai, kerana menyangkakan bengkak di mata aktres tersebut gara-gara alahan disuntik vaksin.

Dipetik dari akaun Instagram pelakon jelita ini, Faezah menjelaskan bahawa bengkak di bahagian matanya itu bukanlah disebabkan alahan dari vaksin seperti yang disangka orang ramai tetapi disebabkan ubat paracetamol.

“Tuan-tuan dan puan-puan, post saya yang sebelum ini tentang mata bengkak saya disebabkan alahan terhadap paracetamol. Bukan vaksin!!,” jelas Faezah.

Pelakon ini juga menjelaskan bahawa dirinya sudah lengkap divaksin lebih kurang sebulan yang lalu, malah Faezah juga berkongsi yang dirinya tidak menunjukkan sebarang kesan samping selepas dicucuk vaksin.

Melihat hantaran gambar mata bengkak Faezah Elai membuatkan ramai yang salah faham dan berasa takut terhadap vaksin, kini pelakon ini telah menjelaskan hal sebenar dan meminta agar orang ramai tidak putar belit apa yang dikatakan. – Agensi

Kecoh di media sosial mengenai gambar mata bengkak pelakon Faezah Elai mendapat perhatian orang ramai. – Agensi