Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Fahaman keserantauan terbuka Asia Pasifik perlu dikekalkan

    BEIJING, 12 JULAI – Menteri Luar China, Wang Yi menegaskan bahawa fahaman kerjasama serantau secara terbuka perlu dikekalkan dan menyifatkan keterbukaan sebagai kunci kepada kerjasama Asia Pasifik.

    Justeru katanya, pelbagai negara termasuk ASEAN perlu memegang konsep keamanan, pembangunan, berdikari dan inklusif, di samping mengambil iktibar daripada pengalaman tamadun di rantau Asia bagi menyuntik konotasi era baharu terhadap fahaman keserantauan yang terbuka.

    Wang berkata demikian dalam ucaptamanya bertemakan ‘fahaman keserantauan terbuka’ ketika melawat pejabat Sekretariat ASEAN, pada Isnin.

    Menurutnya sebagai negara membangun terbesar di dunia dan satu daripada anggota penting di rantau Asia, China sentiasa mengamalkan jalan pembangunan secara damai, menjalankan strategi saling menguntungkan dan terbuka, serta bersedia bersama ASEAN untuk mempromosi fahaman keserantauan terbuka, selain mengintensifkan hubungan rakan strategik komprehensif. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...