Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Fahami kepentingan penyusuan susu ibu

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 OGOS – Bersempena dengan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, seramai 15 orang ibu bapa telah berpeluang memahami lagi kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi anak damit mereka, dari segi fizikal dan mental, dalam forum bertajuk ‘Tingkatkan Langkah untuk Penyusuan Susu Ibu’, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada forum yang berlangsung di Dewan Persidangan, Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait itu ialah isteri pemangku ketua pegawai eksekutif Hospital SSB, Dayangku Fa’aezah Nordzaryah binti Pengiran Haji Tajuddin.

    Ia menampilkan beberapa orang ahli panel iaitu guru agama Hospital SSB, Dayang Norfazillah binti Safar yang menyentuh mengenai ‘Penyusuan Susu Ibu dari Perspektif Islam’; konsultan pediatrik di hospital itu, Dr Rosmawati binti Mat Ali dengan tajuk Kangaroo Care, dan Jururawat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Queenita anak Luta yang membincangkan tajuk ‘Peranan Klinik Ibu dan Anak dalam Meningkatkan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif’. Manakala itu, Pegawai Jururawat, Hospital SSB, Haji Mohd Reduan bin Abdul Fata pula selaku moderator.

    Tujuan forum adalah untuk sama-sama menyokong dan meneruskan usaha-usaha Kementerian Kesihatan dalam mengungkayahkan aktiviti-aktiviti sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia untuk pasangan yang baru bergelar ibu bapa.

    Barisan ahli panel semasa forum sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, kelmarin.
    Antara yang hadir semasa forum tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...