Fahmi raih kejayaan gusti lengan

KOTA KINABALU, 3 DIS – Acara The Armwrestling Supermatch 2019 yang mengetengahkan perlawanan gusti lengan telah diadakan pada 30 November 2019 (Sabtu), bertempat di Palm Square, Centrepoint, Kota Kinabalu, Sabah.

Negara Brunei Darussalam telah menyertai perlawanan tersebut yang diwakili oleh Muhammad Fahmi bin Haji Manan. Pada perlawanan tersebut beliau berjaya menewaskan peserta dari Labuan dengan kutipan mata 5-0 bagi meraih kedudukan lima terbaik di samping mengumpul mata antarabangsa.

Turut mengiringi bagi menyertai acara tersebut ialah Presiden Persatuan Gusti Lengan Brunei, Pengiran Haji Mohammad Yusren bin Pengiran Haji Mohammad Daud.

Acara yang dianjurkan oleh When Worlds Armwrestling Sabah itu telah menarik minat seramai 18 orang peserta untuk menyertainya yang datang dari Sabah, Kuching, Labuan, Kedah, Johor, Brunei, Australia dan Kazakhstan. – Persatuan Gusti Lengan Brunei

Muhammad Fahmi diumumkan sebagai pemenang sewaktu acara tersebut. – Gambar Persatuan Gusti Lengan Brunei