Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Faiq Jefri Bolkiah semakin menyerlah di Chonburi FC

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Pemain sayap Brunei Darussalam, Faiq Jefri Bolkiah terus menyinar dalam Liga 1 Thai Hilux Revo selepas mencatatkan assist kedua untuk kelab Chonburi semasa kemenangan 2-0 ke atas Khon Kaen United di Stadium Chonburi di Thailand hujung minggu lalu.

    Pemain sayap kebangsaan berkenaan juga telah mendapat tempat dalam kesebelasan utama buat pertama kali dengan assist sulungnya untuk kelab itu ketika tewas 3-2 kepada Nongbua Pitchaya dalam perlawanan sebelumnya.

    Prestasi menyeluruh Faiq dan statistik secara individu menjadikannya sebagai man of the match yang merupakan penampilan liga ketiganya sejak menyertai pasukan Thailand semasa jendela perpindahan.

    Pemain antarabangsa Brunei itu mencipta ruang dan melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti dan dengan tenang ditanduk masuk ke gawang oleh Yoo Byung-soo dalam kombinasi serupa daripada perlawanan sebelumnya.

    Dia menyumbangkan dua hantaran penting dalam perlawanan termasuk apabila dia menggelecek melepasi pemain bek tengah Khon Kaen United, Narongrit Boonsuk.

    Aksi Faiq Jefri Bolkiah mengawal bola semasa perlawanan di antara Chonburi FC dan Khon Kaen United di Stadium Chonburi, Thailand. – Gambar serahan Chonburi FC

    Pemain berusia 23 tahun itu sangat hampir menyumbang assist kedua dalam perlawanan tersebut dan ketiga dalam kariernya di Chonburi selepas membuat hantaran silang untuk Yoo Byung-soo semasa separuh masa pertama hampir tamat.

    Malangnya, tandukan pemain penyerang tersebut ditangkap dengan baik oleh penjaga gol pasukan pelawat, Yotsapon Teangdar.

    Pasukan tuan rumah mengesahkan kemenangan selepas pemain gantian, Phitak Pimpae, yang telah menggantikan Faiq, bertindak balas terhadap bola yang tidak dikawal dengan pertahanan yang gagal menghalang hantaran silang Chatmongkol Rueangthanarot.

    Keputusan tersebut membantu Chonburi kekal di tangga ketiga dengan 29 mata, satu mata di belakang pasukan di tempat kedua, Bangkok United dan enam mata di belakang pendahulu serta pengejar gelaran juara, Buriram United.

    Faiq dan rakan sepasukannya akan berdepan dengan pasukan yang berada di tempat kelima dalam liga, Port FC pada Ahad ini dan tiga mata lagi boleh memberi mereka ruang bernafas ke atas pesaing mereka.

    Bekas pemain Leicester City itu bukan satu-satunya nama yang dikaitkan dengan bola sepak Brunei yang kini beraksi di Thailand musim ini.

    Bekas pemain bek tengah DPMM FC, Charlie Clough, yang sekarang ini bermain untuk Nakhon Ratchasima FC dalam liga utama Thailand turut mencuri perhatian.

    Pasukannya seri 2-2 menentang Chiangmai United di Stadium Ulang Tahun ke-80 di Nakhon Ratchasima dan kekal di tangga kesembilan.

    Swat Cats boleh menyamakan mata perlawanan dengan pasukan di tempat kelapan, Nongbua Pitchaya jika memperoleh kemenangan ke atas Chiangrai United dalam perlawanan seterusnya yang berlangsung esok (26 Januari).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...