Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Fakhrul tebus emas acara lumba jalan kaki

    KUALA LUMPUR, 18 SEPT – Atlet olahraga Melaka Muhammad Fakhrul Razi Jailani memperbaiki kejayaannya pada pentas Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengungguli acara 20,000 meter meter lumba jalan kaki lelaki, hari ini.

    Acara berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Muhammad Fakhrul yang meraih gangsa bagi acara sama pada Sukma 2018, mendahului perlumbaan sejak dari awal sekali gus menamatkan perlumbaan dengan catatan masa satu jam 40 minit 5 saat.

    Beliau meninggalkan atlet Pulau Pinang Sriven Tan 1:43.34 saat di tempat kedua dan atlet Negeri Sembilan M. Sivanesh 1:46:09 saat di kedudukan ketiga.

    Atlet berusia 20 tahun itu yang ditemui selepas tamat acara, berkata percubaan kali keduanya bagi acara itu ternyata berbaloi selepas berjaya menukarkan pingat gangsa kepada pingat emas pada Sukma kali ini.

    “Pada Sukma lepas saya bersaing buat kali pertama dalam acara itu dan saya menghadapi kesukaran sehingga mengalami muntah. 

    “Jadi saya berjaya menebus emas bagi acara itu pada edisi kali ini selain merupakan catatan terbaik dan saya rasa bersyukur untuk itu,” katanya ketika ditemui Bernama.

    Menurut beliau, Sukan SEA Kemboja 2023 kini menjadi impiannya selepas Sukma.

    Dalam pada itu, penantian kontinjen Perlis membutirkan pingat emas sulung sepanjang saingan Sukma berlangsung akhirnya tertunai selepas atlet olahraga Kamal Farhan Rahman mengungguli acara lempar cakera lelaki.

    Kamal Farhan yang membuat penampilan sulung di pentas Sukma, membuat lemparan sejauh 48.08 meter tidak mampu dicabar peserta Sarawak Jonah Chang Anak Rigan 43.82 meter dan peserta Johor Tan Jing Cheng 41.25 meter. – Bernama

    Aksi Muhammad Fakhrul Razi Jailani pada acara 10,000 meter jalan kaki akhir lelaki di Sukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 September 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...