Falcao pindah ke Rayo Vallecano

MADRID, 5 SEPT – Penyerang Colombia, Radamel Falcao telah menyertai Rayo Vallecano berikutan perpindahannya dari kelab Turki, Galatasaray, kelab La Liga itu mengumumkan kelmarin.

Falcao, 35, meninggalkan Galatasaray pada awal minggu lalu setelah mengalami kecederaan selama dua tahun di Turki.

Dia kini beraksi bersama skuad antarabangsa dengan Colombia yang terikat seri 1-1 Khamis lalu ke atas Bolivia bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Falcao akan kembali ke Sepanyol setelah menikmati dua musim yang sangat produktif dengan Atletico Madrid dari 2011 hingga 2013.

Dia kemudian pindah ke Ligue 1 bersama Monaco, seterusnya dipinjamkan ke Manchester United pada 2014-15 setelah pulih dari kecederaan lutut yang serius.

Falcao kembali bergelut untuk mempamerkan prestasi baik ketika dia dipinjamkan ke Chelsea pada musim berikutnya, tetapi kembali ke Monaco dan membantu mereka memenangi gelaran Perancis pada tahun 2017. – AFP