FAM cadang dua perkara kepada FIFA

KUALA LUMPUR, 30 JULAI – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencadangkan agar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membuka lebih banyak slot jawatankuasa tetap dalam badan induk dunia berkenaan.

Selain itu, FAM turut mencadangkan supaya FIFA mempertimbang cadangan menganjurkan semua kejohanan belia peringkat umur di bawah badan induk dunia itu pada setiap tahun dan bukannya diadakan secara dwitahunan.

Dua perkara berkenaan adalah antara isu yang dibangkitkan oleh Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi mesyuarat secara maya melibatkan presiden bola sepak rantau ASEAN dengan Presiden FIFA Gianni Infantino, semalam. – Bernama