FAM gantung 5 pengadil

PETALING JAYA, 2 OKT – Seramai lima pengadil digantung tugas selama dua minggu, 16 diberi amaran dan tiga lagi sedang menunggu hukuman lebih berat sepanjang mengadili perlawanan Liga Malaysia (Liga-M), Piala FA dan setakat suku akhir Piala Malaysia 2019, demikian menurut Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Md Dali Wahid berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 34 aduan berhubung prestasi tidak memuaskan oleh pegawai pertandingan dengan 21 daripadanya dibuat oleh pegawai penilai pengadil bertauliah sementara 13 aduan oleh pasukan bertanding.

Bagaimanapun, katanya, baki 10 aduan tidak mempunyai merit untuk diambil tindakan. – Bernama