FAM minta kelulusan dari MKM sambung Liga-M

KUALA LUMPUR, 24 APRIL – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar permohonan rasmi kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang akan dipatuhi bagi membolehkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020 kembali disambung.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata permohonan itu dikemukakan melalui Kementerian Belia dan Sukan selepas Presiden FAM yang juga Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan mengadakan mesyuarat khas dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Putrajaya, semalam.

“FAM dan MFL sudah tentu mengutamakan aspek kesihatan negara mendahului bola sepak, namun sebagai badan induk bola sepak di Malaysia, kami perlu berusaha untuk mencari jalan supaya bola sepak dapat diteruskan dan sebab itulah kami mahu mendapatkan nasihat pakar,” katanya dalam satu kenyataan media. – Bernama