Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    FAM pertaruh Skuad B-23 buru ‘ibu segala pingat’ Sukan SEA

    KUALA LUMPUR, 2 MAC – Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan Malaysia sekali lagi menjadi taruhan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memburu ‘ibu segala pingat’ pada temasya Sukan SEA Hanoi yang dijadual berlangsung 12 hingga 23 Mei ini.

    Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata tidak timbul sebarang isu berhubung keputusan menghantar skuad bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney itu biarpun mereka mempunyai jadual kejohanan yang padat dan hampir dengan penganjuran temasya dwitahunan itu.

    Beliau berkata ia selepas barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan telah berbincang dan mengenal pasti pemain yang akan dipilih bagi menggalas cabaran negara tanpa merencatkan persiapan pasukan menghadapi Kejuaraan Piala Asia B-23 di Uzbekistan yang dijadual pada awal Jun.

    Mohd Saifuddin berkata perbincangan yang turut mengambil kira penglibatan pemain skuad B-23 untuk bersama skuad Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Asia 2023 juga pada Jun, melibatkan Maloney, Ketua Jurulatih skuad senior Kim Pan Gon dan Pengarah Teknikal FAM Scott O’donell. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...