Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    FAM umum 25 pemain ke S’pura

    KUALA LUMPUR, 21 MAC – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 25 pemain skuad Harimau Malaya yang akan mengharungi cabaran Siri Tiga-Negara FAS di Singapura, bermula Rabu ini.

    FAM dalam satu kenyataan memaklumkan, sebelum ini 30 pemain disenaraikan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon untuk kem latihan pusat, hanya pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari tidak dapat melapor diri selepas meminta pengecualian kerana menyambut
    kelahiran cahaya mata kembar tiga.

    Syahmi digantikan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee, manakala pemain naturalisasi Dion Cools dan Liridon Krasniqi akan terus melapor diri di Singapura nanti. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda