Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    FAM yakin PBMM mampu laksanakan transformasi persatuan

    KUALA LUMPUR, 23 FEB – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin  Mohd Amin yakin Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) mampu melaksanakan transformasi dalam persatuan itu menerusi semangat perpaduan yang dimilikinya. 

    Hamidin berkata usaha itu boleh dilakukan dengan memanfaatkan era teknologi moden ketika ini untuk mengadakan lebih banyak program dan aktiviti demi kepentingan ahli persatuan.

    “Penganjuran agenda sedia ada dan (agenda) tahunan PBMM iaitu Piala Emas Raja-raja dan Piala Agong sudah menjadi ‘simbol’ dan masih bertahan hingga kini, bukan mudah untuk mengekalkan usaha ini dan ia wajar dipuji, syabas saya ucapkan. Namun program seumpama itu perlu dipertingkatkan lagi.

    “Lantaran itu, komitmen di setiap peringkat penting dalam bekerjasama memperkasakan lagi PBMM dengan program-program, antaranya membabitkan kejurulatihan dan akar umbi,” katanya dalam laman rasmi Facebook FAM hari ini.

    Sebelum itu Hamidin menerima kunjungan Presiden PBMM, Mohd Firdaus Mohamed dan ahli jawatankuasa persatuan itu di Wisma FAM. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...