Sunday, November 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fan Xing pulang ke negara asal

    RHENEN, BELANDA, 27 SEPT – Panda gergasi Fan Xing memulakan perjalanan pulang hari ini, menuju ke sebuah negara yang belum pernah dilawatinya.

    Pada usia tiga tahun, Fan Xing menyaksikan acara pelepasan istimewa hari ini di Ouwehands Zoo di Belanda, tempat dia dilahirkan.

    Pelepasan itu melambangkan permulaan perjalanannya menuju China, di mana dia akan menyertai program pembiakan yang membantu memelihara spesies yang terancam.

    Wouter Jurgens, Pengarah Asia dan Oceania di Kementerian Luar Negeri Belanda, berharap panda itu akan menjadi duta untuk hubungan antara Belanda dan China.

    Hubungan diplomatik itu telah tegang dalam beberapa bulan terakhir selepas Belanda memutuskan untuk menghadkan jualan cip pemproses semikonduktor canggih kepada China.

    Tindakan itu dilihat sebagai sebahagian daripada dasar Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan untuk mengehadkan akses China kepada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat cip semikonduktor yang juga digunakan dalam teknologi ketenteraan.

    Menurut Jurgens, Fan Xing juga mewakili hubungan istimewa antara Belanda dan China dalam bidang pemuliharaan alam.

    Fan Xing, yang dilahirkan pada 1 Mei 2020, adalah anak panda pertama yang lahir di Belanda sebagai sebahagian daripada program China yang dulunya dikenali sebagai ‘panda diplomasi’.

    Pada awalnya, pemeriksaan mendapati ia adalah seekor panda jantan, namun ujian terkini pada akhir tahun lalu mengesahkan bahawa Fan Xing adalah seekor betina.

    Selama beberapa dekad, China sering memberikan panda sebagai hadiah kepada negara-negara sahabat. – AP

    Sebuah van yang membawa Fan Xing pulang ke negara yang tidak pernah dilawatinya, meninggalkan Zoo Ouwehands di Rhenen, Belanda, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda