Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Farah Diba tak berkahwin

    Penyanyi dan komposer dari Singapura, Afrah Athasha, 24, bersyukur dapat bertemu arwah bapanya, Allahyarham Aman Shah pada majlis pertunangannya di Singapura pada 3 September lalu selepas hampir 20 tahun terpisah.

    Biarpun, ia menjadi pertemuan terakhir, Afrah atau nama pentasnya, Zalelo tetap berpuas hati dapat memperkenalkan tunangnya, selain mempertemukan semula ibu dan arwah bapanya.

    “Alhamdulillah, saya dapat membawa arwah yang ditemani adiknya, Datuk Abdul Nasser Abu Kassim ke Singapura. Arwah pun sudah lama tidak datang ke sini.

    “Hubungan arwah dengan ibu, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Sehingga saat ini, ibu tidak pernah berkahwin lain.

    “Apa yang saya tahu, arwah adalah cinta pertama dan hanya satu-satunya lelaki dicintai ibu.

    Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki yang dicintai. – Agensi

    “Banyak hikmah di sebalik pertemuan ini, segala-galanya sudah Allah atur. Hubungan kami semakin akrab,” katanya kepada BH Online.

    Katanya, ibunya dan arwah banyak berkongsi cerita, apatah lagi, mengejar impian sama bergelar anak seni.

    Ketika menyertai program hiburan, Pusparama di Singapura, arwah bertindak sebagai hos dan jatuh cinta pandang pertama dengan Farah Diba yang turut mengadakan persembahan.

    Mereka bercinta selama enam tahun dan akhirnya, Aman Shah dan Farah Diba bersanding di Bedok Tampines, Singapura selepas bernikah gantung di Jelebu, Negeri Sembilan pada 1980an.

    Namun, perkahwinan keduanya tidak kekal lama dan dikurniakan tiga cahaya mata.

    Afrah berkata, dia dan arwah dipertemukan semula tiga tahun lalu.

    Allahyarham Aman Shah, 68, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN), jam 2:20 petang, semalam. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...