Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Farah Nabilah manis berhijab

    Bermula memakai selendang, kini, pelakon drama Titian Cinta dan Cik Reen & Encik Ngok Ngek, Farah Nabilah, 29, berhijab sepenuhnya.

    Pemegang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu memuat naik video dengan bertudung sempurna ketika mempromosikan produk anak damit kegunaan anak lelaki, Andre Omar menerusi laman Instagram, baru-baru ini.

    Mengulas pertanyaan adakah sudah berhijab sepenuhnya, Farah mengakuinya, namun enggan komen lanjut.

    “Ya, saya sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya. Bagaimanapun, tak perlulah saya ulas panjang lebar, lagi pun, saya rasa tidak perlu diumumkan.

    “Cuma, saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan saya dan segala kebaikan kepada keluarga,” katanya

    Wanita kelahiran Petaling Jaya itu berkata, dia bersyukur apabila melihat ramai artis lain berhijrah ketika era pandemik.

    “Saya tumpang gembira dengan penghijrahan mereka. Semoga kita terus dilindungi dan kuat bergelut dengan ujian pandemik COVID-19 ini,” katanya.

    Terdahulu, beberapa selebriti seperti Izara Aishah, Siti Elizad, Vicha Barbie, Fieya Julia, Aprena Manrose dan Betty Rahmat antara yang membulatkan tekad hati untuk berhijab.

    Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019. – Agensi

    Farah Nabilah kini sudah berhijab sepenuhnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...