Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Farid jumpa aku di mahkamah – Syamsul

    “Kepada Farid Kamil, saya tak nak jadi pondan nak pung pang di media sosial. Apa ini bro? Kita sudah tua, kenapa buat game budak-budak ini? Jadi, aku jumpa kau di mahkamah, itu sahaja,” demikian kata pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengulas kenyataan yang dimuat naik aktor, Farid Kamil dalam laman sosial, Instagram (IG), baru-baru ini.

    Menerusi kenyataan di IG itu, Farid mendakwa, seorang lelaki pernah memukul wanita bernama Diana, namun tiada sebarang tindakan diambil.

    Diana dinyatakan dalam kenyataan dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.

    Syamsul berkata, dia serius mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bintang filem Anwar: The Untold Story itu.

    “Kalau jumpa di mahkamah takkan kita nak main tepuk tampar pula. Kita sudah tua, nak cari rezeki dan kerja. Kalau masa muda dahulu, okaylah.

    Farid mendakwa seorang lelaki pernah memukul wanita bernama Diana, dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle dan sindiran ditujukan kepada Syamsul. – Agensi

    “Sekarang, ini hal remeh temeh saya malas nak bergaduh. Macam-macam saya boleh cakap,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

    Tambah Syamsul, satu demi satu ujian yang menimpa dirinya membuatkan diri berfikir siapa lawan dan siapa kawan.

    “Kadang-kadang ujian ini buat kita berfikir. Akan, ada orang-orang macam si polan itu dan ini.

    “Cuba, awda bayangkan di tempat saya bila ada orang buat begini, padahal kawan-kawan, tiba-tiba sahaja begini. Jadi, kau dah kenapa? Disebabkan itu, saya malas nak main permainan dalam media sosial.

    “Senang cakap, bila kita melalui fasa ujian, kita nampak siapa yang dengki dengan kita sebenarnya dan yang benar-benar sahabat. Ini rupanya sahabat saya dan ini rupanya orang yang ada masalah dengan saya,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...