Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Farid Kamil pegang watak tokoh besar

    “Perasaan saya tentunya amat bersyukur kerana dipilih memegang mandat menjadi Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam filem ini.

    “Antara sebab utama adalah, apabila saya baca skrip, saya kemudian beri kepada ibu untuk baca pula. Ibu kata, Kamil (Farid), kamu buat filem ini untuk Anwar.”

    Demikian penjelasan pelakon Farid Kamil yang bersetuju membintangi filem Anwar terbitan produksi Indonesia Bianglala Entertainment.

    Farid menganggap dirinya pelakon profesional yang mahu mencipta nama hingga peringkat antarabangsa.

    “Untuk itu, hanya saya yang layak pegang watak tokoh sebesar Anwar. Saya pelakon profesional yang ingin mengangkat nama ke peringkat antarabangsa.

    Farid membuat kajian terperinci bagi menghidupkan watak Anwar dalam filem berkisar perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. – Agensi

    “Memegang watak tokoh seperti Anwar adalah sesuatu yang baharu dan di luar jangkaan peminat.

    “Sebagai pelakon profesional, sudah tentu saya akan menelaah serta mengembalikan semula diri saya kepada 1998 untuk mengkaji satu persatu secara terperinci bagi membawakan watak ini,” katanya.

    Selain Farid, filem Anwar dibintangi oleh Acha Septriasa yang melakonkan watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad), Piet Pagau serta Dewi Irawan.

    Farid berkata, apabila bersetuju membintangi filem Anwar, bermakna dia perlu bersedia menerima rintangan dan dugaan kerana naskhah itu membawa cabaran baharu buatnya.

    “Pada saya, watak tokoh seperti ini terutama tokoh yang masih aktif dalam arena politik antarabangsa, secara tidak langsung memberi cabaran baharu kepada saya.

    “Saya tahu peminat sentiasa memberi sokongan padu walau apa pun watak yang saya terima sebagai pelakon.

    “Maklum balas kali ini, apabila saya pegang watak Anwar sangat besar dan memberi impak,” katanya. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...