Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Farid masih sayang Diana

    Pelakon Farid Kamil, 42, masih tetap dengan pendirian memastikan hubungan dengan isterinya, Diana Danielle, 32, dapat dijernihkan.

    Farid ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini untuk menjalani proses sulh kali kedua berkata, dia masih mempunyai rasa sayang terhadap isterinya dan berharap dapat membesarkan anak bersamanya.

    “Proses hari ini adalah untuk kami mencari kata putus dalam perdamaian dan juga untuk hadanah. Harapan saya masih seperti dahulu, rasa sayang masih bertambah-tambah.

    “Saya juga berharap hari ini dapatlah berjumpa dan bertentang mata dengan isteri supaya dapat membesarkan anak-anak seperti keluarga lain,” kata Farid yang turut ditemani peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

    Sementara itu, Diana yang tiba lebih awal untuk menjalani proses berkenaan ditemani peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

    Farid enggan berpisah dengan Diana, harap hubungan boleh dijernihkan demi membesarkan anak-anak bersama. – Agensi

    Terdahulu, mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat Farid dan Diana.

    Keputusan dibuat susulan kegagalan Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson menghadiri prosiding sulh pada 11 April lalu.

    Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian merangkumi satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan pegawai sulh.

    Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, butiran itu akan direkodkan hakim sebagai suatu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

    Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.

    Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

    Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...