Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Fasa 2 projek SSLR, LTB awal tahun depan

    MIRI, 7 OGOS – Kerajaan Persekutuaan telah meluluskan Projek Fasa 2 Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) serta Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB), dan pembinaannya akan bermula seawal tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata penelitian teknikal bagi projek Fasa 2 SSLR dan LTB yang menghubungkan Miri, Limbang serta Lawas itu kini di peringkat akhir, dengan pembinaannya dijangka memakan tempoh selama tiga hingga lima tahun.

    Perdana Menteri berkata projek itu bukan sahaja membolehkan penduduk kawasan utara Sarawak menuju ke Sabah melalui dua opsyen jaringan jalan raya, malah memberi manfaat kepada penduduk sekitar Mulu, Long Seridan, Nanga Medamit, Long Lopeng, Ba’kelalan dan Merarap yang kini bergantung kepada jalan balak sebagai jalan perhubungan utama.

    “Pengguna dari Miri ke Limbang dan Lawas boleh melalui Brunei menggunakan laluan Projek LTB sepanjang 96 kilometer (km) yang bakal ditambah baik kepada dua lorong untuk perjalanan dua hala.

    “Bagi mereka yang tidak mahu melalui Brunei, boleh menggunakan jajaran Fasa 2 Projek SSLR sepanjang 326km yang merupakan kesinambungan Fasa 1 Projek SSLR dari Simpang Gelugus ke Long Lopeng sepanjang 77km,” katanya dalam ucapan perasmian pembukaan laluan Seksyen Pujut WPC11 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, di sini hari ini.

    Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Ismail Sabri berkata projek yang melibatkan kos berjumlah RM10.62 bilion itu bakal membolehkan komuniti dan penduduk di Miri, Limbang dan Lawas menikmati jaringan jalan raya yang lebih baik, selamat dan selesa. – Bernama

    Lebuh raya Pan Borneo Sarawak Seksyen Pujut yang siap pada 2 Julai lepas telah dibuka kepada penguna jalan raya ketika tinjauan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...