Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fasa kedua loji solar Dubai siap

    DUBAI, 20 Mac – Dubai hari ini menyiapkan loji solar yang cukup besar untuk menampung tenaga 50,000 buah rumah sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menjana tiga perempat tenaganya daripada tenaga diperbaharui menjelang 2050.

    Loji 200 megawatt itu terletak di kawasan gurun berkeluasan 4.5 kilometer persegi dan termasuk kira-kira 2.3 juta panel fotovolta.

    Ia adalah fasa kedua Taman Solar Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, yang dijangka mengepam sejumlah 1,000 megawatt menjelang 2020, kata Pihak Berkuasa Tenaga dan Air Dubai (DEWA).

    Fasa kedua bernilai AS$326 juta itu dibina oleh konsortium termasuk ACWA Power Arab Saudi dan TSK Sepanyol.

    Ketua DEWA, Saeed al-Tayer berkata operator akan menjual tenaga kepada syarikat utiliti awam.

    Projek itu adalah ‘loji solar pertama dan terbesar yang seumpamanya di rantau ini,” katanya.

    “Negeri itu sudah pun memulakan persiapan untuk mengatakan selamat tinggal kepada titisan terakhir minyak, menerusi strategi jelas termasuk pelaburan dalam loji jana kuasa yang menggunakan pelbagai teknologi tenaga solar,” kata Tayer.

    Fasa pertama taman solar mula beroperasi pada tahun 2013, dengan 152,000 panel menghasilkan 13 megawatt.

    DEWA berkata pada Disember, fasa kedua projek itu dijangka akan mencatat rekod bagi tenaga solar murah, pada harga AS$0.56 sen satu kilowatt sejam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda