Fasa peralihan monsun dijangka mula Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 20 SEPT – Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 Sept ini dan sehingga awal November menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 19 Mei lepas. 

Ketua Pengarah Jabatan Meteo-rologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan berkata semasa fasa itu, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sesuai untuk ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya. – Bernama

Cuaca hujan sepanjang hari di bandaraya Kuala Lumpur tidak menghalang orang ramai yang keluar bagi menghabiskan waktu cuti hujung minggu mereka ketika tinjauan di kawasan tumpuan pelancong iaitu di hadapan pusat beli belah Pavilion di Bukit Bintang, pada Ahad. – Bernama