Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Fasa terakhir jualan tiket bermula 27 Sept

    DOHA, 27 SEPT – Fasa akhir jualan tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan bermula pada 27 September jam 12 malam waktu tempatan Doha (5 petang Waktu Malaysia).

    Tiket-tiket boleh dibeli melalui laman sesawang FIFA.com/tickets tertakluk pada jumlah tiket yang tersedia. Fasa jualan ini akan berlangsung sehingga akhir kejohanan, menurut Agensi Berita Qatar (QNA).

    Ia melaporkan bahawa meskipun menerima permintaan yang tinggi dan inventori awal menjangkakan tiket akan habis dijual dengan cepat, peminat harus menyemak melalui FIFA.com/tickets secara berkala untuk jualan tiket tambahan dan jualan semula tiket, yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

    Tiket bagi setiap perlawanan akan tersedia dalam semua empat kategori harga, dengan tiket kategori 4 dikhaskan untuk penduduk Qatar. Pelanggan boleh membeli maksimum enam tiket bagi setiap perlawanan dan 60 tiket untuk seluruh kejohanan.

    FIFA menggalakkan orang kurang upaya dan orang dengan mobiliti terhad untuk membuat pembelian secara atas talian dari platform yang sama dengan memilih kategori Tiket Kemasukan Khas.

    Semua tiket untuk orang awam adalah secara mudah alih. Pada Oktober, FIFA akan mengeluarkan aplikasi tiket khusus yang perlu dimuat turun oleh pelanggan. Tiket yang dibeli kemudiannya akan dimuat naik ke aplikasi ini dan akan diaktifkan apabila peminat memasuki stadium. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...