Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Fasha bimbang bawa watak Sugar Mummy

    Melakonkan watak sugar mummy dalam drama terbaru, Rampas Cintaku, aktres jelita, Fasha Sandha sedar dirinya menjadi sasaran dan ‘bahan’ warganet sebaik naskhah disiarkan, esok.

    Namun, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, percaya watak Datin Safieya yang menjalin hubungan dengan remaja digelar ‘anak ikan’ dalam drama terbabit, tidak lebih daripada paparan realiti kehidupan hari ini.

    Mengaku terkejut sebaik menerima skrip drama terbitan MIG Productions itu, Fasha bagaimanapun mahu melihat perkara itu dari sudut positif.

    “Walaupun ada babak panas, saya lebih mementingkan pengajaran yang ingin disampaikan. Saya tahu kumpulan digelar ‘jabatan warganet’ akan menjalankan tugas mereka.

    “Namun, saya tidak kisah kerana hanya bekerja menjayakan karakter.

    Fasha bimbang lakonannya dalam drama Rampas Cintaku tidak ‘setanding’ kerana kurang pengalaman bercinta dengan ‘anak ikan’. – Agensi

    “Saya hanya mahukan lakonan tampak real dan saya mahu penonton tahu kisah seperti Datin Safieya yang menjalin skandal dengan ‘anak ikan’ memang wujud.

    “Perkara ini tidak pernah dipaparkan secara mendalam dalam mana-mana naskhah.

    “Melalui drama Rampas Cintaku, penonton dapat melihat bagaimana hubungan terlarang antara wanita berusia yang sudah berkahwin dengan gigolo,” katanya pada sesi tayangan drama terbabit di Dadi Cinema di ibu negara, baru-baru ini.

    Drama Rampas Cintaku berkisar rencam hidup Datin Safieya yang menjalin hubungan dengan ‘anak ikan’ serta konflik rumah tangga dengan suami, Datuk Jefri lakonan Zarul Husin disiarkan platform iQiyi, mulai esok.

    Drama ini dilancarkan secara global di platform iQiyi dan iQiyi International merentasi 191 negara dan wilayah. -Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...