Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Fasha Sandha enggan tolak rezeki lakonan

    Kemunculan pelakon baharu tidak menggugat nama pelakon Fasha Sandha apabila dia terus menjadi pilihan memegang watak utama drama televisyen.

    Bersyukur masih relevan dalam industri, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38, mengakui ada ketika dirinya berasa penat dengan tanggungjawab yang diberikan itu.

    “Terlalu banyak bekerja memang ada ketika saya rasa penat dan perlu berehat.

    “Bagaimanapun apabila menerima satu karya yang bagus, saya rasa rugi nak tolak. Apa lagi jika penerbit dan pengarah sendiri yang memberi kepercayaan penuh untuk saya bawakan sesuatu watak.

    “Saya anggap ini semua adalah rezeki anak-anak. Biarlah saya bekerja keras dahulu dan menyimpan untuk masa depan. Satu masa nanti saya boleh berehat,” katanya kepada mStar. Fasha ditemui ketika sidang media drama Khilaf Asmara yang diadakan secara maya pada Selasa.

    Sering diberi tanggungjawab menggalas watak yang perlu bermain dengan emosi, Fasha mengakui ia bukanlah tugas yang mudah. Bagi mengekalkan profesionalisme kerja, Fasha memberitahu dia berbincang dengan teliti bersama pengarah dan pelakon gandingannya sebelum menjayakan sesuatu watak.

    “Bukan senang hendak berlakon dalam satu watak yang banyak bermain dengan emosi.

    “Menjadi tanggungjawab seorang pelakon itu supaya menghidupkan sesuatu watak. Jadi saya banyak berbincang dengan pengarah dan juga pelakon lain supaya babak tersebut nampak real,” jelasnya,

    Bercakap tentang drama Khilaf Asmara, Fasha berkata dia sudah bersedia jika watak Hanim yang dilakonkan olehnya menerima kecaman penonton apabila ia mula ditayangkan pada 18 April nanti. – Agensi

    Fasha antara pelakon versatil dan kekal relevan dalam industri tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...