Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Fasha Sandha kongsi keadaan terkini

    Pada awal Mac, industri hiburan dikejutkan dengan berita kemalangan pelakon, Fasha Sandha ketika penggambaran telefilem berjudul Anak Tuan arahan Pengarah Along Kamalauddin, sehingga menyebabkan tulang mata kirinya patah selain bebola mata bengkak kerana terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani.

    Ketika ditemui Murai MY, Fasha berkongsi keadaan terkininya bahawa dalaman matanya masih belum sihat sepenuhnya dan harus menjalani pemeriksaan imbasan CT (CT Scan) tidak lama lagi untuk melihat jika masih terdapat darah beku pada matanya akibat kemalangan yang berlaku.

    Dalam pada itu, Fasha turut menitipkan rasa syukur kerana Allah tidak menarik penglihatan beliau sepenuhnya dan menganggap insiden yang berlaku adalah sebagai dugaan kecil buatnya.

    Disoal mengenai adakah dia mempunyai rasa ‘overthinking’ apabila kembali ke set penggambaran telefilem Anak Tuan selepas berlaku kecederaan serius pada matanya, Fasha kemudian menjelaskan bahawa dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja serta menitipkan rasa syukur apabila pasukan produksi dilihat lebih berhati-hati.

    Fasha Sandha ditemui Murai MY ketika di Majlis Menyambut Ramadan dan Perlantikan Fasha Sandha sebagai Duta jenama tekstil terkemuka, Alfaro, baru-baru ini di Alfaro Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

    Kongsi Fasha, dia berasa berbesar hati apabila diberi peluang bekerjasama dengan Alfaro dan berharap penglibatannya mampu membuatkan jenama berkenaan lebih dikenali ramai. – Agensi

    Fasha Sandha akui beransur pulih tapi masih menjalani rawatan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...