Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Fasha Sandha tak sanggup amal diet keterlaluan

    Gemuk atau kurus tidak menjadi isu dalam rumah tangga yang dibina pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz.

    Menurut Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, dia bersyukur kerana suaminya sentiasa menerima keadaan diri yang kini sedikit berisi.

    “Aidil tak boleh jadi personal trainer saya sebab nanti saya akan jadi manja. Tapi dia seorang suami yang sangat menerima kekurangan saya.

    “Walaupun saya cakap rasa diri gemuk, dia tak pernah paksa saya untuk kurus. Pada dia, tak penting pun kurus asalkan saya sihat.

    “Dia pun tak pernah pandang rendah terhadap saya. Kami saling terima kekurangan masing-masing,” kata Fasha kepada wartawan.

    Fasha mendedahkan dia tidak mengikut diet terlalu ketat kerana bimbang susu akan jadi kering untuk menyusukan anak. – Agensi

    Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, 33, pada Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira Mohd Aidil yang dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

    Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

    Dalam pada itu, pelakon drama Scammer ini mengakui mengambil masa agak lama untuk menurun berat badan selepas melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira.

    “Selepas saya bersalin, memang ambil masa agak lama nak turun berat badan walaupun jaga makan sebab saya menyusukan anak.

    “Tak boleh nak diet terlalu ketat sebab bimbang susu akan jadi kering. Sebab itu saya tak paksa diri untuk diet keterlaluan,” ujarnya.

    Sementara itu, Aidil turut bersyukur dia dan Fasha berjaya tercalon dalam top 5 Pasangan MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021). – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...