Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Fasha Sandha terima permohonan maaf, jadikan iktibar

    Seorang wanita tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Fasha Sandha selepas mendakwa aktres itu melakukan pembedahan bariatrik untuk mengurangkan berat badan.

    Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, menerima permohonan maaf daripada wanita berkenaan dan berharap ia menjadi pengajaran buat pengguna media sosial lain sebelum membuat sebarang tuduhan di media sosial.

    “Selepas tiga jam, permohonan maaf terbuka. Saya maafkan hanya untuk kali ini dan semoga dapat dijadikan iktibar.

    “Agak tidak berlaku pada orang lain, terhadap artis lain juga. Dapatkan fakta sahih sebelum komen,” katanya.

    Fasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan permohonan maaf daripada wanita berkenaan.

    Dalam permohonan maaf yang dibuat, wanita berkenaan mengakui kesalahannya sekali gus berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

    “Saya ingin memohon maaf kerana telah menyebarkan komen yang tidak pasti benar dan sahih tanpa usul periksa.

    “Saya tidak selidik perkara sebenar sebelum menyebarkan komen ini. Saya mohon maaf dan tidak akan mengulanginya,” katanya.

    Sementara itu, Fasha berkata, dia berharap orang lain tidak akan menyalahgunakan media sosial kerana negara mempunyai undang-undang.

    “Jangan sesekali menyalahgunakan media sosial. Negara ada undang-undang.

    “Saya tidak akan menjawab apa-apa lagi tentang isu ini kerana saya sudah pun maafkan dia,” jelasnya. – Agensi

    Fasha Sandha berharap kejadian tuduhan melulu itu dijadikan iktibar. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...