Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Fasha Sandha teruk dikecam

    Pelakon berbakat, Fasha Sandha memuatnaik beberapa tangkap layar pandangan orang ramai terhadap lakonannya sebagai Hanim Sya dalam drama Khilaf Asmara di Instagram menarik perhatian.

    Melihat entri Fasha di Instagramnya, pelakon berkebolehan ini tidak menyangka ramai yang menonton drama tersebut begitu terkesan dengan lakonannya sebagai Hanim Sya.

    Rata-rata banyak kritikan dan cemuhan yang diterima aktres jelita ini, semenjak drama Khilaf Asmara ditayangkan pada 18 April lalu.

    Fasha juga mengatakan baru sekarang dia memahami perasaan Nad Zainal, yang menerima banyak kecaman gara-gara membawa watak Kirana dalam drama Dendam Seorang Isteri.

    “Penuh dengan cacian, carutan kat #hanimsya

    Fasha tidak menyangka ramai yang menonton drama Khilaf Asmara tersebut begitu terkesan dengan lakonannya sebagai Hanim Sya. – Agensi

    “Sampai ada yang nak pukul @budakijat berani ka? Apapun terima kasih kerana menonton. Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan.

    “Aduh aku kena carutan banyak malam ni. Sekarang aku faham apa perasaan KiKi” tulisnya

    Melihat muatnaik di Instagram Fasha, ramai peminatnya membanjiri ruangan komen dengan berkongsi pandangan masing-masing mengenai lakonan Fasha sebagai Hanim dalam drama tersebut.

    Rata-rata ramai yang memuji dan mengikhtiraf lakonan mantap Fasha sebagai pelakon tanah air.

    “Carutan yang diterima atas watak yang dibawa menandakan @fashasandha pelakon yang hebat. Tahniah. Saya suka lakonan awda.”

    “Maksudnya lakonan mantap…”

    “Tengok Dendam Seorang Isteri kesian.. Tengok Khilaf Asmara rasa nak mengamuk. Fasha awak hebat lah!!” komen peminat

    Drama Khilaf Asmara terbitan Radius One Production ini dibarisi dengan empat pelakon sebagai tunjang utama drama iaitu Fattah Amin, Nelydia Senrose, Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...