Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Fasiliti kereta lumba terbesar Malaysia dibina menjelang 2025

    KUALA LUMPUR, 26 SEPT – Fasiliti industri bersepadu kereta lumba dan akademi automotif Malaysia yang menelan belanja RM10 juta akan dibina menjelang 2025.

    Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata kemudahan di bawah satu bumbung seluas kira-kira 0.399 hektar itu akan dibina melalui kerjasama antara Optimal Premium Motors Sdn Bhd (OPM), PrimeX Signature Sdn Bhd dan TOC Automotive College (TOC).

    Ia akan dilengkapi dengan bilik pameran, pemulihan kereta, perincian kereta, aksesori dan perdagangan kereta antara lain, untuk menjadi mercu tanda monumental di Malaysia.

    Selain itu, Akademi Perincian Auto (ADA) juga akan dibangunkan untuk memacu individu meneruskan minat mereka dan memulakan kerjaya melalui kursus pendidikan dalam teknologi automotif, kejuruteraan, pemulihan kereta dan perincian untuk mengembangkan industri automotif.

    Ti berkata Malaysia menjadi pangkalan yang menarik untuk pengeluar automotif tempatan dan global selama bertahun-tahun, menjadi negara ketiga permintaan tertinggi dalam industri automotif di Asia Tenggara.

    “Apa yang OPM, PrimeX dan TOC lakukan bukan sahaja akan mempamerkan industri automotif Malaysia sedang berkembang pesat, tetapi pada masa sama menyediakan golongan muda kita dengan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran mereka dengan pengetahuan yang boleh dibawa ke tahap lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...