FAST kesan FRB pertama aktif

BEIJING, 9 JUN – Fast Radio Burst (FRB) merupakan letusan radio paling terang di alam semesta dan ia melepaskan jumlah tenaga yang hampir dengan yang dipancarkan matahari untuk sepanjang tahun dalam satu milisaat (satu perseribu saat) sahaja.

Baru-baru ini, teleskop radio China, FAST berjaya mengesan FRB pertama yang aktif secara berterusan dan hasil kajian itu turut diterbitkan dalam jurnal akademik antarabangsa Nature, hari ini.

Kejayaan itu sekali gus menandakan FAST telah menjumpai satu-satunya FRB berulang aktif secara berterusan setakat ini, melalui projek utama Commensal Radio Astronomy FasT Survey (CRAFTS).

Difahamkan, penyelidikan tentang FRB tidak mengambil tempoh lama, dengan kewujudan gejala alam itu disahkan buat kali pertama pada 2007, dan FRB pertama yang mengulangi ledakan ditemui pada 2016.

FRB akan membantu dalam membina gambaran proses evolusi fenomena misteri,” katanya. – Bernama

FAST. – Global Times