‘Fastabiqul Khairat’ dapat sambutan

Oleh Daniel Lim

KUALA BELAIT, 15 Mei – Bagi meraih pahala pada bulan Ramadan, Majlis Pemimpin Sekolah Negara Brunei Darussalam (BDSLC) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) serta kampus-kampus di bawahnya telah menyampaikan sumbangan kepada Program Amal ‘Fastabiqul Khairat’ Kementerian Pendidikan.

Program bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan penyerahan sumbangan lebih $300 oleh BDSLC telah diadakan di Jabatan Kokurikulum, Perpindahan Lambak Kanan dan dipimpin oleh presidennya yang baharu dipilih, Awang Dzulbaharin bin Haji Sulaiman.

Sumbangan termasuk pelbagai barangan keperluan asas itu diterima oleh Pemangku Pengarah Jabatan Ko-Kurikulum, Awang Mohamed Jais bin Haji Abdul Rahman.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Akademik IBTE, Hajah Mariah binti Haji Ab Manaf selaku wakil dari IBTE pula menyampaikan sumbangan kepada Ketua Unit Beruniform dan Khidmat Masyarakat, Awang Jalil bin PengarahHaji Kapitan.

Sumbangan derma yang telah dikumpul itu akan diberikan kepada fakir miskin, pelajar yang memerlukan bantuan dan anak-anak yatim di bawah Kementerian Pendidikan sebagai persediaan mereka di bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Awang Mohamed Jais ketika menerima sumbangan daripada BDSLC.