FATA jemput negara ASEAN sertai forum pelancongan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Persekutuan Persatuan Pelancongan ASEAN (FATA) dalam kenyataannya akan menganjurkan forum dalam talian mengenai Way Forward for Tourism in ASEAN pada 19 Jun 2020.

Sehubungan itu, menteri pelancongan serta presiden persatuan pela- ncongan dari setiap negara ASEAN dijemput untuk menyertai dan membincangkan isu-isu, menangani cabaran dan memantau trend serta terlibat dengan organisasi lain di peringkat serantau melalui akses yang disediakan oleh FATA yang berfungsi sebagai badan persatuan pelancongan kebangsaan dalam kalangan ASEAN.

Presiden FATA, Datuk Tan Kok Liang dalam kenyataan berkata, populasi ASEAN adalah lebih dari 622 juta orang di mana potensi peluang pelancongan domestik ASEAN adalah setanding dengan Eropah, China atau Amerika Syarikat.

Memastikan bahawa industri pelancongan adalah yang pertama untuk pulih, ini bererti pengaktifan segera pelbagai ekonomi mikro.

Kesan daripada pertumbuhan pelancongan di ASEAN akan membuka mata, mewujudkan rasa ingin tahu dan peluang penjenamaan di pasaran antarabangsa yang secara automatik akan mengembangkan minat untuk mengunjungi rantau ini.

Sokongan dari negara-negara anggota ASEAN melalui kerjasama yang lebih erat dalam perkongsian maklumat dan pertukaran amalan terbaik adalah sangat penting untuk meningkatkan keyakinan perniagaan dan pelancong.

Ini juga akan membangun ketahanan dan mempersiapkan rantau ini untuk melaksanakan dan mengurus pelancongan lestari secara efektif setelah berlakunya krisis. Sesi ini nanti akan dikendalikan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Tan Sri Dr Ong Hong Peng.

Barisan penceramah pula akan terdiri daripada wakil-wakil kanan darikementerian dan NTO dari lima negara terpilih iaitu Myanmar, Kemboja, Filipina, Malaysia dan Indonesia bersama-sama ahli Lembaga FATA.